Kes COVID-19 Dalam Kalangan Warga ATM Adalah Tidak Benar

TULAR:
302

SEBENARNYA:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat kes COVID-19 di Pangkalan Udara Subang dan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Perkara berkenaan disahkan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan, sebenarnya Panglima Operasi TUDM ada mengadakan lawatan di sebuah hospital swasta di Subang yang terdapat kes pesakit COVID-19 ditempatkan di situ.

Beliau, bagaimanapun telah diperiksa dan dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan dia disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19. Perkara ini telah disalah tafsir.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI