Penjelasan Berkenaan Kes COVID-19 Di Port Dickson dan Anggota Kesihatan Klinik Kesihatan Mantin

TULAR:
1727

PENJELASAN:

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS):

Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) ingin merujuk kepada satu berita yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp pada 5 Mac 2020 berkenaan seorang kanak-kanak di daerah Port Dickson yang dikatakan positif COVID-19 dan tujuh (7) orang jururawat Klinik Kesihatan (KK) Mantin yang dikatakan positif COVID-19.

Merujuk kepada berita tular pertama berkaitan seorang kanak-kanak positif COVID-19 di Port Dickson. Kanak-kanak terbabit ialah kontak kepada salah seorang Patient-Under-Investigation (PUI) yang telah disahkan negatif
COVID-19 melalui ujian makmal.

Merujuk kepada berita tular kedua berkaitan tujuh (7) anggota kesihatan
Klinik Kesihatan Mantin yang dikatakan positif COVID-19 dan dikuarantin
selama 14 hari. JKNNS ingin memaklumkan bahawa tujuh (7) orang
tersebut masih dalam siasatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI