Lahad Datu Dan Sandakan Diceroboh?

TULAR:
351

PALSU :

Tular di media sosial satu audio berlatarkan suara lelaki menyatakan kononya pencerobohan telah berlaku di Lahad Datu dan Sandakan. Ia meminta orang ramai untuk tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan di kawasan berkenaan.

Gambar hiasan. Sumber: Media Terjah

SEBENARNYA :

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta orang ramai tidak mempercayai mesej dan audio yang diviralkan melalui aplikasi WhatsApp kononnya berlaku pencerobohan di Lahad Datu dan Sandakan.

Komander Esscom, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ini kerana perkara yang disebarkan sejak semalam itu adalah tidak benar sama sekali.

SUMBER : 

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI