Lelongan Motosikal di Balai Polis Marang?

TULAR:
1550

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Balai Polis Marang, Terengganu bakal mengadakan lelongan motosikal pada Rabu, 27 September 2017 pada jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dalam satu kenyataan berkata, makluman umum mengenai lelongan motosikal yang bakal diadakan di Balai Polis Marang tersebut adalah tidak benar.

Orang ramai diminta supaya tidak mudah mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada mana-mana media sosial tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak polis.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI