Makluman đť—Łelantikan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

TULAR:
4

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar:

Beliau memaklumkan bahawa pada semalam YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Abdul Halim bin Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkuat kuasa pada 13 Mei 2026.

Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi KSN

Instagram Rasmi KSN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI