Makluman: Berkaitan Dengan Aktiviti Ketenteraan Di Pulau-Pulau Dalam Kawasan Negeri Pahang

TULAR:
6

Menurut Kesultanan Pahang:

1. Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil berat akan aktiviti latihan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia yang hendak dilaksanakan terutamanya di kawasan kepulauan di Negeri Pahang.

2. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti ketenteraan tersebut akan menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan fauna Negeri Pahang.

3. Baginda tidak menolak aktiviti ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman para pegawai dan anggota tentera, namun aktiviti ketenteraan tersebut mestilah dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar dan semua pihak.

4. Justeru, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku bertitah agar pihak Angkatan Tentera Malaysia dan semua Jabatan / Agensi yang berkaitan menyembah maklum dan mendapatkan perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang latihan dan eksesais ketenteraan di Negeri Pahang

5. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku menitahkan agar pihak ATM dan semua pihak mesti mematuhi serta menjunjung titah Baginda ini. Baginda tidak akan teragak-agak meminta Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur yang berlaku.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kesultanan Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI