
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit RON95 tanpa subsidi meningkat 5 sen seliter, manakala harga diesel tanpa subsidi meningkat 10 sen seliter bagi tempoh 16 Julai hingga 22 Julai 2026. Harga runcit RON97 pula dikekalkan.
Harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu. Serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran serta kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz telah meningkatkan semula premium risiko minyak mentah dan kos penghantaran.
Harga minyak mentah Brent telah mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20% dalam tempoh dua minggu. Selagi konflik ini belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu oleh ketidaktentuan pasaran global.
Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat. Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.
Penetapan harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh 16 Julai hingga 22 Julai 2026 adalah seperti berikut:
Harga Runcit

Harga petroleum bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut:

Melalui BUDI MADANI RON95 (BUD195) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada kelayakan dan baki kelayakan bulanan masing-masing.
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.
SUMBER:






