
Menurut kenytaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB):
KTMB dengan ini mengumumkan tren khas Ekspres Lambaian Aidiladha ke Pantai Timur akan beroperasi dengan dua (2) perkhidmatan bagi memenuhi keperluan rakyat pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut bulan depan.
Tiket akan mula dijual pada 24 April 2026 (Jumaat) bermula jam 10.00 pagi. Sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas ini, sebanyak 456 tiket ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 912 tiket. Perkhidmatan ini menawarkan tambang sehala bermula RM80.00 sehingga RM95.00 dengan pilihan koc tempat duduk kelas premier, koc tempat duduk kelas superior, koc tempat tidur kelas superior, dan kemudahan koc chillax serta koc cafe.
Jadual waktu tren khas ini adalah seperti berikut:

Tren ini akan berhenti di 16 buah stesen; antaranya seperti stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.
KTMB akan terus mendukung inisiatif kerajaan dalam memperluas pilihan pengangkutan rel dengan menyediakan tren khas bagi membantu mengurangkan kesesakan di laluan Pantai Timur yang lazimnya padat setiap musim perayaan, sekaligus memudahkan rakyat pulang beraya bersama keluarga dengan selesa dan selamat. Perkhidmatan khas ini juga dilihat turut memberi peluang kepada pelancong yang berhasrat untuk mengunjungi lokasi pelancongan di Pantai Timur.
Selain itu, pengguna juga dinasihatkan untuk tiba lebih awal di stesen bagi melancarkan proses pemeriksaan keselamatan dan dokumentasi di pintu masuk.
Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.
SUMBER:






