Malaysia Berdepan Masalah Pengangguran Serius?

TULAR:
146

PENJELASAN:

Kementerian Sumber Manusia (MOHR) memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia berdepan dengan masalah pengangguran serius sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Tahap pengangguran negara tidak pernah melebihi kadar 3.7 peratus iaitu tahap yang rendah sejak 2000 hingga 2017.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, ia membuktikan bahawa negara tidak berdepan masalah pengangguran serius sebaliknya menggunakan tenaga kerja penuh.

Beliu berkata, “Dalam tempoh hampir 20 tahun itu, secara keseluruhannya kadar pengangguran negara berada di bawah paras 3.5 peratus. Hanya pada 2003 sahaja kita berada pada tahap 3.6 peratus dan 3.7 peratus pada 2009.Peratusan itu membuktikan bahawa negara tidak berdepan masalah pengangguran serius dengan negara-negara yang berada pada tahap 4 peratus diklasifikasi sebagai negara berpengangguran”.

SUMBER:

Kementerian Sumber Manusia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI