Mesej Bantuan Kepada Penggiat Seni Atau Pemain Industri Oleh MOTAC Adalah Palsu

TULAR:
5485

SEBENARNYA:

Menurut media Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC):

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan satu mesej yang tular di aplikasi Whatapps berkaitan permohonan maklumat peribadi penggiat seni atau pemain industri yang sedang dikumpulkan oleh MOTAC.

Mesej yang tular itu meminta penggiat seni atau pemain industri untuk memberikan maklumat yang mengandungi data peribadi bagi mendapatkan bantuan daripada MOTAC.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memberi maklumat peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Sekiranya pihak MOTAC ingin mendapatkan maklumat peribadi penggiat seni atau pemain industri, Kementerian ini akan mendapatkannya menerusi persatuan dan melalui saluran rasmi MOTAC sahaja.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOTAC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI