Majlis Daerah Yong Peng Tidak Pernah Melantik Atau Hubungi Orang Awam Untuk Dapatkan Bantuan Melalui Panggilan Telefon Atau Media Sosial

TULAR:
658

Majlis Daerah Yong Peng ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah melantik atau menghubungi mana-mana individu bagi tujuan mendapatkan bantuan berupa barangan mahupun wang tunai melalui telefon atau pun media sosial.

Pentadbiran ini mendapati ada kes di mana orang ramai yang dihubungi oleh pihak yang mendakwa sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng melalui nombor telefon atau akaun media sosial yang tidak dikenalpasti bagi tujuan pinjaman wang atau seumpama.

Pentadbiran ini menafikan perkara itu dan menasihatkan jangan sesekali terpedaya dengan perkara memohon bantuan tersebut kerana ianya adalah penipuan atau scam serta melaporkan kepada Pihak Berkuasa jika dihubungi oleh pihak yang membuat penipuan ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Majlis Daerah Yong Peng


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI