Kandungan Mesyuarat Pengurusan Bencana COVID-19 Daerah Kuala Selangor Adalah Palsu

TULAR:
1215

SEBENARNYA:

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor menafikan mesej mengandungi enam perkara berhubung mesyuarat pengurusan bencana Covid-19 Kuala Selangor seperti yang ditularkan.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji berkata, mesyuarat penyelarasan memberi tumpuan terhadap beberapa perkara antaranya pengagihan tugas pasukan keselamatan.

“Kita bincang beberapa perkara termasuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu polis memastikan rakyat mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.

“Selain itu, mesyuarat itu turut memberi tumpuan berhubung keperluan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor yang kekurangan khemah dan kenderaan,” katanya.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI