MIDA Tidak Pernah Terlibat Dalam Sebarang Skim Pelaburan

TULAR:
458

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA):

MIDA ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini dengan tajuk ‘Pelaburan Amanah’ dan ‘Pelaburan Patuh Syariah’. Poster tersebut telah menggunapakai nama, logo dan imej pegawai MIDA.

Harap maklum, berita tersebut adalah palsu yang telah diiklankan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

MIDA adalah sebuah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Sebarang makluman rasmi sila rujuk laman sesawang www.mida.gov.my

SUMBER:

Facebook Rasmi MIDA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI