Nota Menyatakan Hanya Pejabat Pengurusan IPD Seremban 2 Boleh Meluluskan Surat Kebenaran Keluar Daerah/Negeri Semasa PKP Adalah Tidak Benar

TULAR:
3271

SEBENARNYA:

IPD Seremban menjelaskan berita melalui nota yang diviralkan menyatakan “Urusan mendapatkan pengesahan COP dan KELULUSAN kelepasan perintah kawalan pergerakan Covid-19 hanya di Bahagian Pengurusan Daerah Seremban IPD SEREMBAN di adalah TIDAK BENAR.

Justeru itu Pihak IPD SEREMBAN akan mengambil TINDAKAN YANG TEGAS kepada mana-mana pihak yang dengan sengaja minimbulkan kegusaran/keresahan/panik kepada orang ramai dengan menyampaikan maklumat PALSU ini.

Sekiranya gagal mematuhi arahan ini dan masih lagi menyebarkan maklumat palsu menerusi Whatapp atau MEDIA SOSIAL, anda telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Seremban


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI