Nota Suara Menyatakan Kononnya Perintah Berkurung Akan Dilaksanakan Membabitkan Penutupan Penuh Semua Premis Adalah Tidak Benar

TULAR:
1281

SEBENARNYA:

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang mengesan dua individu yang memuatnaik rakaman audio kononnya kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung membabitkan penutupan penuh semua premis pasar raya, kedai runcit dan kedai makan.

Dua rakaman berkenaan oleh seorang lelaki dan seorang wanita dikesan tular menerusi WhatsApp, memberitahu kononnya akan berlaku penutupan penuh semua premis dibenarkan sebelum ini yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tindakan kedua-dua individu terbabit menyebabkan orang ramai panik dan keluar membeli barang keperluan selepas menerima sebaran rakaman audio berkenaan.

Beliau berkata dakwaan kedua-dua mereka tidak benar.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI