Nota Suara Yang Mendakwa Anggota ATM Diberi Kuasa Pukul Orang Awam Adalah Palsu

TULAR:
2103

SEBENARNYA:

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa rakaman nota suara adalah menggambarkan kaedah yang diguna pakai oleh ATM dalam membantu PDRM menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya SERTA-MERTA kerana mesej atau informasi tersebut boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Masyarakat juga tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini merupakan tugas sekunder ATM di waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara. Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar usaha membendung penularan COVID-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

SUMBER:

Facebook Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI