OPS Menyelamat Di Puchong Tiada SOP?

TULAR:
923

PENJELASAN:

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperjelaskan laporan berhubung Ops menyelamat di Puchong tiada Standard Operating Procedure (SOP).

Sumber gambar: Pressreader

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ingin menegaskan bahawa Jabatan Bomba & Penyelamat telah menjalankan tugas dengan mengikut tatacara penyelamatan dalam air yang sedia ada.

Namun yang demikian, apabila tragedi tersebut berlaku, didapati terdapat keperluan yang mendesak untuk standard operating procedure (SOP) yang sedia ada untuk dikaji semula.

Seperti yang telah dinyatakan semalam di dalam sidang Parlimen, KPKT telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat, mencari punca memberikan cadangan dan menambah baik SOP sedia ada bagi memastikan tragedi tersebut tidak berulang lagi.

Penambahbaikkan terhadap SOP ini perlu selari dengan senario semasa, ini termasuk mengenalpasti teknik yang lebih sesuai bagi keadaan pelbagai, untuk melancarkan operasi menyelamat dan mengurangkan risiko yang dihadapi oleh anggota Bomba.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPKT


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI