Orang Ramai Yang Pernah Melawati Kawasan Di Sekitar Ayer Molek dan Ayer Keroh Seperti Di Borang Kaji Selidik Perlu Menjalani Saringan COVID-19 Adalah Tidak Benar

TULAR:
2085

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Melaka:

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ingin merujuk kepada pesanan ringkas yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp berkenaan tangkapan skrin (“screenshot“) yang memaparkan soal selidik tempat-tempat dilawati dalam tempoh 7 hari di sekitar Ayer Molek dan Ayer Keroh yang telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap jangkitan penyakit COVID-19. Pesanan ini telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa kandungan dalam pesanan ringkas tersebut yang berkaitan dengan kes COVID-19 di Melaka adalah tidak benar. Tiada kes-kes positif COVID-19 aktif yang dilaporkan dari tempat-tempat dinyatakan. Tempat-tempat tersebut adalah selamat untuk dikunjungi, sekiranya masyarakat kekal patuh terhadap arahan penjarakan fizikal 1 meter termasuk menghindari tempat yang sesak, kawasan sempit dan bersembang secara dekat. Selain itu, masyarakat perlu mengamalkan pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan dan patuh kepada nasihat-nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKN Melaka


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI