Pati Kiub ‘Pork’ Jenama Knorr Di Pasaran Malaysia?

TULAR:
10667

PENJELASAN:

Tersebar luas perkongsian orang ramai yang dikitar semula yang mendakwa kononnya terdapat pati kiub ‘pork’ jenama Knorr di pasaran Malaysia.

Versi terkini. Tular: Februari 2020

Sumber gambar: Facebook

Versi terdahulu. Tular: September 2016

Sumber gambar: Facebook

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM penjelasan berkenaan isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekitar tahun 2016 yang lalu di:-

Penjelasan Bahagian Hab Halal JAKIM 2016

Perlu diketahui bahawa produk pati kiub tersebut bukan dikilangkan di Malaysia dan tidak layak memiliki pengesahan halal serta tiada sebarang penandaan logo halal yang tertera pada label bungkusan produk berkenaan.

Selain itu, berdasarkan maklum balas daripada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pada Disember 2018 lalu bahawa pihak syarikat tidak mengimport atau mengedar sebarang produk pati kiub pork tersebut di pasaran Malaysia serta komited dalam mematuhi peraturan dan standard berkaitan halal selaku pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (2020)

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM (2016)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI