Terdapat Kes Koronavirus Di Sekinchan, Selangor?

TULAR:
1152

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat satu kes Koronavirus di klinik Sekinchan, Selangor.

Sumber gambar : Harian Metro

SEBENARNYA:

Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam menafikan berlakunya jangkitan koronavirus baharu (2019-nCoV) di daerah itu, seperti tular di laman sosial.

Ahli Lembaga Pelawat HTAJ, Mohammad Haris Baharudin berkata, perkara itu tercetus susulan terdapat seorang individu dari Sekinchan yang baharu pulang dari Vietnam disyaki dijangkiti wabak itu.

Beliau berkata, gejala dialami individu terbabit bukan disebabkan koronavirus baharu.

Dalam pada itu, beluau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara tidak benar sehingga menimbulkan perasaan cemas dan bimbang dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI