Waspada Emel Spam Mengandungi Virus Komputer ‘Koronavirus’

TULAR:
1481

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan emel spam kononnya berkaitan Koronavirus yang kini sedang hangat diperkatakan.

Image result for malware

Dari hasil penelitian dan semakan yang dibuat oleh MCMC, menurut The Star, para penyelidik bersama IBM X-Force dan Kaspersky mendapati bahawa penggodam menghantar emel spam kepada umum dengan harapan dapat menjangkiti telefon pintar dan komputer dengan perisian berbahaya.

Perisian ini menyamar sebagai maklumat berkenaan koronavirus.

Penggodam sering menggunakan peristiwa semasa dan perbualan yang menarik untuk membolehkan orang membuka emel, memuat turun lampiran atau URL pautan. Oleh sebab koronavirus adalah topik yang sedang hangat diperkatakan, tidak hairan topik ‘Koronavirus’ digunakan oleh penggodam.

Jika penerima membuka email tersebut, perisian berbahaya akan mengambil data peribadi dan mungkin akan memasang perisian berbahaya yang lain. Ini bermaksud penggodam boleh mendapatkan akses kepada fail peribadi anda dan menyalinnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menggagalkan serangan berkaitan koronavirus dan percubaan penggodam yang lain.

Sentiasa berhati-hati. Jangan buka pautan yang dihantar kepada anda melalui teks atau e-mel, dan jangan muat turun lampiran yang tidak pernah anda minta.

Pastikan hanya memasang kemaskini rasmi (‘official update’).

Gunakan kata laluan selamat. Pengesahan dua faktor merupakan idea yang baik.

Jalankan perisian antivirus pada telefon pintar anda. Aplikasi ini melindungi peranti anda dari virus dan malware lain, dan perkhidmatan premium mengunci tetapan privasi anda dan mengimbas aplikasi dan fail untuk ancaman keselamatan.

SUMBER:

The Star

Kaspersky

IBM X-Force


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI