Pekerja Warga Asing Yang Memakai Gelang ‘Pink’ Di Tapak Pembinaan Adalah Saringan ‘Surveillance’, Bukan Saringan Kontak Rapat

TULAR:
1462

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah:

Seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveillance tapak bina. Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi bawah tanah 1 dan 2 dan rumah kongsi tepi sungai).

Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina. Tetapi mereka masih boleh bergerak didalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance bukan saringan kontak rapat.

Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak bina. Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.

Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi. Pada 13/11/2020 sehingga 15/11/2020 pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15/11/2020.

Release order dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15/11/2020, jam 11 pagi di tapak bina berkenaan. Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina.

Terdapat kontak rapat: 8 orang telah di kuarantinkan. Tempoh kuarantin 14 hari (7/11-20/11). Kesemua pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15/11/2020 kecuali 8 orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin.

SUMBER:

Facebook Rasmi KP Kesihatan

Facebook Rasmi KKM

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI