Pelancaran Sumbangan Barangan/ Kewangan Bagi Kegunaan Rasmi Hospital Sultanah Aminah Dalam Menangani COVID-19

TULAR:
1286

Menurut kenyataan rasmi Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru:

Pihak pengurusan hospital mengambil maklum berhubung kenyataan tular di media sosial mengenai isu Surat Pelancaran Sumbangan Derma Barangan/Kewangan Bagi Kegunaan Rasmi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Dalam Usaha Menangani Wabak COVID-19 bertarikh 22 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut telah dijalankan oleh pihak kami dan mendapati bahawa kenyataan dan nombor akaun 8603-7521-47 (CIMB) yang tertera adalah benar dan didaftarkan atas nama ahli Lembaga Pelawat HSAJB.

Untuk makluman semua, Ahli Lembaga Pelawat (ALP) HSAJB telah dilantik oleh Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang berperanan sebagai penghubung dan pengerat hubungan antara Hospital dan Komuniti demi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Laporan kewangan ALP HSAJB akan dibentangkan kepada Pengurusan Hospital dan seterusnya ke Bahagian Kewangan, KKM bagi tujuan pemantauan.

Walau bagaimanapun, pihak kami akan memberi peringatan sewajarnya kepada pihak ALP HSAJB agar tindakan ini tidak disalah guna oleh pihak-pihak lain yang berkepentingan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI