Produk Tepung Berstatus Tidak Halal Dan Mengandungi Peluntur Beracun?

TULAR:
3529

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya produk tepung mengandungi DNA babi dan peluntur beracun.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Untuk makluman pengguna, produk-produk tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan ianya merupakan tular (viral) berulang sejak tahun 2011 yang pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM sebelum ini.

Sampel produk tersebut juga pernah dihantar oleh pihak JAKIM ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan didapati tiada kesan DNA babi.

Berkenaan isu peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dalam produk berkenaan pula, penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak melebihi 50 miligram (mg) / kilogram (kg).

SUMBER:

JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI