Pemasangan Garisan Polis Di Kampung Sempalit, Raub Bukan Atas Faktor PKPD

TULAR:
2383

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Supt Kama Azural bin Mohamed, pemasangan garisan polis dibuat bukan atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Pemasangan garisan polis adalah atas dasar perancangan bagi penugasan lokasi Sekatan Jalanraya ( SJR ) dan snap roadblock bertujuan untuk memaksimakan pemantauan serta pergerakan orang ramai yang melalui laluan-laluan tersebut.

Perlu diingatkan kaedah penugasan ini juga akan dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi keseluruhan kawasan pentadbiran dalam IPD Raub sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Raub


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI