Pembatalan Status Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary Adalah Tidak Benar

TULAR:
403

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):

Kementerian Kewangan ingin menjelaskan berkenaan isu yang tular dalam media sosial yang mendakwa mantan Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary dan surat pembatalan tersebut telah ditandatangani oleh pegawai Kementerian Kewangan.

Seperti yang dijelaskan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Parlimen pada 21 Mac 2023, Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa:

  1. Yayasan Albukhary telah diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk tujuan mencari keuntungan namun semata-mata ditubuhkan bagi maksud amal; dan
  2. Kementerian Kewangan, sama ada melalui mantan Menteri Kewangan dan/atau pegawai-pegawainya, tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Kementerian Kewangan memandang serius tuduhan ini dan laporan polis akan dibuat atas dakwaan palsu ini.

SUMBER

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI