Pemotongan 5% Elaun Keraian Bagi Semua Pegawai Dan Guru Gred DG44 Ke Atas Adalah Tidak Benar

TULAR:
8074

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tiada surat edaran bertarikh 7 April 2020 daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara mengarahkan pemotongan Elaun Keraian sebanyak 5% kepada Pegawai Perkhidmatan Awam bermula daripada Gred 44 ke atas.

Kenyataan Media daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara bertarikh 9 April 2020 memaklumkan Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi bersetuju mengurangkan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) untuk disumbangkan kepada Tabung COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi KSN

Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI