Penjelasan Berkenaan Kejadian Banjir Di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam

TULAR:
31

Menurut Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd:

IWK menafikan dakwaan laporan air kumbahan sebagai punca kejadian banjir di kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Menurut IWK, selepas menerima aduan daripada Ahli Majlis Zon 9, Ramu Nadarajan, pasukan operasinya telah menjalankan semakan dan mendapati punca utama limpahan dalam longkang dan parit adalah disebabkan kurangnya penyelenggaraan yang baik.

Longkang dan parit berkaitan didapati penuh dengan sampah, mendapan pasir dan juga akar pokok yang telah menutupi saluran longkang berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan aliran air kumbahan terawat dari Loji Rawatan Kumbahan (LRK) berdekatan, serta air hujan dari kawasan perumahan tersebut tidak dapat mengalir dengan lancar. Selain itu, lokasi taman yang rendah dan berhampiran Sungai Klang menyebabkan kawasan berkenaan kerap terdedah kepada banjir.

SUMBER:

Laman Rasmi NADMA

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI