Penjelasan Berkenaan Penularan Kes COVID-19 Di HTAR Klang

TULAR:
3400

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR):

Merujuk kepada penularan beberapa kenyataan di laman media sosial berkenaan kes wabak COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pihak hospital telahpun mengenalpasti kontak tersebut. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah pencegahan telah diambil dengan menjalankan proses pembasmian secara menyeluruh di kawasan-kawasan terlibat.

Pihak HTAR ingin memaklumkan bahawa keadaan hospital berada dalam keadaan terkawal. Orang ramai diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkembangan wabak ini hanya akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SUMBER:

Facebook Rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI