Penjelasan Berkenaan Produk Lady’s Choice Chicken Spread dan Tuna Spread

TULAR:
3199

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM:

Untuk makluman, pihak JAKIM telah menerima maklum balas daripada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd bagi memperoleh penjelasan lanjut isu status halal produk Lady’s Choice Chicken Spread dan Tuna Spread keluaran syarikat Unilever Filipina.

Berdasarkan maklum balas tersebut, kedua-dua produk tersebut tiada pengesahan halal dari mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM dan dikategorikan sebagai tidak halal sebagaimana yang dinyatakan dalam laman sesawang rasmi Lady’s Choice, Philippines.

Selain itu, produk-produk berkenaan iaitu Lady’s Choice Ham Spread, Chicken Spread, Tuna Spread dan Bacon Spread yang dikeluarkan di kilang yang berlainan adalah untuk pasaran tempatan di negara Filipina dan produk tersebut tidak dijual atau diedarkan oleh syarikat Unilever (Malaysia) Holding Sdn Bhd.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hub Halal, JAKIM (1)
Facebook Rasmi Bahagian Hub Halal, JAKIM (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI