Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Pegawai NSRC Melalui Panggilan Telefon Bagi Membantu Siasatan

TULAR:
645

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis Diraja Malaysia ingin mengingatkan masyarakat untuk berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon daripada mana-mana pihak yang mengaku sebagai pegawai National Scam Response Center (NSRC).

NSRC tidak akan menghubungi anda bagi sebarang tujuan siasatan.

Jika anda merupakan mangsa penipuan dalam talian (online scam) dan baru sahaja membuat transaksi kewangan, hubungi NSRC di talian 997. NSRC beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari. Anda juga boleh menghubungi hotline bank masing-masing untuk aduan selepas jam 8 malam.

Sumber:

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI