Penjelasan Penggantungan Saluran Awesome TV Di Platform MYTV

TULAR:
554

Menurut kenyataan pihak MYTV:

Penggantungan saluran Awesome TV yang akan berkuat kuasa bermula 2 November 2023 dilakukan berikutan terdapat isu-isu komersial melibatkan pembayaran fi akses kepada MYTV oleh Awesome TV walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian bersama.

MYTV broadcasting Sdn Bhd (“MYTV’) akan menggantungkan saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) daripada bersiaran di platform penyiarannya.

Bagaimanapun, Awesome TV masih boleh diikuti di saluran Astro.

SUMBER:

Facebook Rasmi MYTV Broadcasting

Sinar Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI