Penjelasan Dakwaan MyKid Dimansuhkan

TULAR:
2101

Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

JPN ingin merujuk isu yang sedang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial ketika ini mengenai dakwaan ‘MyKid dimansuhkan’.

JPN ingin menjelaskan perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali. MyKid bukan dimansuhkan tetapi hanya mengalami kelewatan dalam proses pengeluarannya susulan masalah bekalan cip global. JPN sedang sedaya upaya mengatasi masalah ini.

Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk menggunakan sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh JPN bagi sebarang urusan. Agensi Kerajaan dan juga swasta juga diingatkan untuk menerima sijil kelahiran sebagai satu daokumen sah untuk sebarang urusan berkaitan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPN
Twitter Rasmi JPN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI