Penjelasan Operasi Khas Motorsikal Sempena Himpunan RXZ Members 5.0

TULAR:
1044

Menurut kenyataan Polis Terengganu:

DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Ketua Polis Terengganu telah mengadakan satu sidang media sekitar jam 3.00 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berhubung isu yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini, iaitu mengenai penahanan motosikal dalam jumlah yang besar dikaitkan dengan penganjuran Program RXZ Members 5.0.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu telah melaksanakan operasi khas motosikal secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu ekoran rungutan dan aduan yang diterima dari warga netizen dan orang awam di negeri Terengganu ini, yang mana penunggang-penunggang motosikal ini telah memandu secara melulu dan merbahaya kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain, di jalan-jalan raya termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan jalan-jalan negeri.

Susulan dari rungutan dan aduan tersebut, pihak polis telah membuat pemantauan dan pemeriksaan sekitar daerah Kuala Terengganu, dan mendapati aduan dan rungutan yang diterima dari orang ramai adalah benar dan berasas.

PDRM Terengganu kemudian melancarkan satu operasi bersepadu iaitu operasi khas motosikal antara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu pada 8 dan 9 September 2023 berakhir 12.00 tengah malam semalam diketuai oleh Timbalan Ketua JSPT Terengganu dengan 83 keanggotaan daripada PDRM dan JPJ.

Berhubung isu yang tular mengatakan operasi ini telah mensabotaj program RXZ Members 5.0, sebenarnya PDRM tidak pernah menghalang program tersebut atau mana-mana program yang diatur oleh mana-mana penganjur di Terengganu, kerana sedar ianya mampu membantu menjana ekonomi serta industri pelancongan di negeri ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Terengganu
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI