Penubuhan JITN Akan Ganggu Bidang Tugas SPRM?

TULAR:
646

PENJELASAN:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan memperjelaskan laporan bahawa penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) akan mengganggu bidang tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepertimana yang dilaporkan oleh media.

Sumber gambar : Facebook

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan menegaskan, penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) tidak mengganggu bidang tugas institusi bebas lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sambil mempertahankan penubuhan jabatan baharu itu, beliau berkata, kewujudannya bagi menerajui transformasi dalam kala­ngan penjawat awam, me­macu perubahan po­lisi di samping memperkasakan sektor awam.

“Jabatan ini tidak mempunyai kuasa untuk mempe­ngaruhi atau memberi arahan bukan sahaja kepada SPRM malahan institusi bebas lain seperti Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).”

 

SUMBER:

Utusan Online

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI