Poster Amaran Henti Guna Hashtag #SiBodohKauDengarSini Bukan Dikeluarkan Oleh MCMC

TULAR:
1562

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC):

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan hashtag #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter, bukan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya.

Poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang melanggar amaran berkenaan.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI