Projek Taman Perindustrian Maritim Tanjung Agas Bermasalah?

TULAR:
571

PENJELASAN:

Menteri Besar Pahang memperjelaskan dakwaan bahawa projek Taman Perindustrian Maritim Tanjung Agas, Pekan berdepan masalah dan kini terbengkalai sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan pihak tertentu projek Taman Perindustrian Maritim Tanjung Agas, dekat Pekan, berdepan masalah.

Katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sedang mengadakan perbincangan dengan pelabur berpotensi dari luar negara bagi memastikan projek berkenaan memberi manfaat kepada semua pihak.

Menurut beliau, “Saya sudah mendengar taklimat terbaru daripada PKNP dan yakin persetujuan muktamad antara kerajaan negeri dan bakal pelabur dapat diputuskan tidak lama lagi. “Dakwaan bahawa projek ini adalah projek ‘Gajah Putih’ adalah tidak benar sama sekali… kita sentiasa meneliti perkembangan setiap perbincangan dijalankan antara pelabur yang berminat… apa yang penting ialah pelaburan yang berbaloi dan boleh beri manfaat kepada rakyat di Pahang”.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI