Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah Adalah Dibawah Pengurusan MAIWP ?

TULAR:
721

PENJELASAN : 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperjelaskan dakwaan bahawa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah (DQI) adalah dibawah pengurusan MAIWP sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dato’ Haji Paimuzi Yahya memperjelaskan bahawa DQI merupakan salah satu pusat tahfiz yang menerima bantuan zakat dari MAIWP di bawah Bantuan Kepada Agensi Bukan Kerajaan (NGO) & Institusi Pendidikan sepertimana pusat tahfiz persendirian yang lain.

Dalam konteks pengurusan pusat tahfiz berkenaan, ia diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan DQI sendiri dan tidak melibatkan MAIWP.

SUMBER :

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI