Ritual Agama Melaungkan Azan Bukan Berlaku Di Malaysia

TULAR:
3102

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

Susulan sebuah video berdurasi 2:27 memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan yang tular di media sosial ketika ini, MCMC ingin memaklumkan bahawa video berkenaan bukan berasal dari Malaysia.

Hasil semakan yang dibuat ke atas video berkenaan mendapati bahawa ianya berasal dari luar negara dan ditular semula seolah-olah ianya berlaku di Malaysia.

Pihak MCMC menegaskan, video sedemikian dilihat sebagai satu kandungan yang mengancam yang boleh mengundang ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan  kerana dikhuatiri boleh menggambarkan konteks tidak tepat serta boleh digunakan oleh individu/pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan provokasi antara agama di Malaysia. Orang ramai juga diminta untuk tidak menokok tambah kapsyen yang bersifat spekulatif dan provokatif, dan diminta untuk menyalurkan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC
Twitter Rasmi MCMC
Instagram Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI