Waspada Pelaburan Skim Cepat Kaya Menggunakan Logo Dan Nama Bursa Malaysia

TULAR:
749

Menurut kenyataan media Bursa Malaysia:

Bursa Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan skim cepat kaya. “Scammer” sering menyalahgunakan logo Bursa Malaysia dan juga imej perancang kewangan berlesen untuk menipu mangsa supaya memasukkan dana ke dalam skim pelaburan palsu mereka.

Dapatkan pengesahan Bursa2u di ([email protected]) atau hubungi Pusat Khidmat Bursa Malaysia di (+603-2732 0067) sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Anda juga boleh menyemak Senarai Amaran Pelabur Suruhanjaya Sekuriti di (http://sc.com.my/investor-alert).

Jika anda menjadi mangsa penipuan, hubungi talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan 997.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bursa Malaysia
Twitter Rasmi Bursa Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI