Sebaran Dokumen Yang Didakwa Sebagai Dokumen Perjanjian Penasihat Agensi LAKSANA Adalah Tidak Benar

TULAR:
303

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Hantaran di media sosial yang tular mendakwa Puan Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) adalah fitnah semata-mata.

Dokumen Perjanjian yang diuar-uarkan di media sosial merupakan sebuah draf tawaran yang tidak sah.

Perjanjian yang sah yang telah ditandatangani oleh Puan Nurul Izzah adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada LAKSANA secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, seperti yang telah dimaklum kepada umum.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI