Sepasukan Polis Menangkap Lelaki Positif COVID-19 Guna Pistol Perenjat Elektrik Adalah Bagi Tujuan Latihan

TULAR:
1806

SEBENARNYA:

Satui klip video menunjukkan sepasukan anggota polis menangkap seorang lelaki yang disyaki positif koronavirus baharu (Covid-19) menggunakan pistol perenjat elektrik (taser gun) yang tular di media sosial semalam hanyalah latihan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Video berdurasi satu minit 12 saat itu, menunjukkan situasi di mana sepasukan anggota polis lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) cuba menangkap seorang lelaki yang enggan memberi kerjasama dan berkelakuan agresif.

Malah anggota polis terpaksa menggunakan pistol perenjat elektrik menyebabkan lelaki itu tumbang sebelum digari dan dipakaikan dengan ‘gas mask

SUMBER:

Harian Metro

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI