SOP Pembelian Barangan Keperluan Semasa COVID-19 Oleh KKM Adalah Palsu

TULAR:
5126

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) pembelian barangan keperluan harian ketika negara sedang memerangi COVID-19 ketika ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai SOP Pembelian Barangan Keperluan Harian (Musim COVID-19), yang didakwa daripada KKM.

SOP berkenaan antara lain mendakwa individu yang keluar membeli barangan perlu keluar antara jam 10 pagi hingga 3 petang dan tidak boleh lebih daripada 40 minit.

Selain itu, barangan yang tidak boleh dibasuh perlu dijemur, termasuk kunci kenderaan selepas pulang daripada membeli barangan.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI