Surat Dari MOF Meminta Melakukan Pembayaran Bagi Mendapatkan Sejumlah Wang Tertentu Adalah Tidak Benar

TULAR:
774

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):

MOF menegaskan bahawa MOF tidak pernah mengeluarkan surat yang meminta mana-mana pihak untuk membuat pembayaran bagi tujuan mendapatkan jumlah wang tertentu masuk ke akaun mereka.

Ini adalah salah satu penipuan terkini yang sedang berleluasa dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Orang ramai diminta agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran dengan pulangan yang tinggi dengan cara yang mudah.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI