Terdapat Kilang Proses Air Zam-Zam Di Melaka?

TULAR:
952

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa air zam zam tiruan dibuat di Melaka.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka, Mohd Faisal Rahman menafikan status yang dimuat naik seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook kononnya wujud sindiket memproses dan membungkus air zamzam tiruan di negeri Melaka.

Menurut beliau, sejurus pihak mereka menerima tentang mesej yang menjadi tular itu mereka telah menjalankan siasatan bersama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim),namun tiada sebarang bukti bahawa aktiviti itu berlaku di Melaka.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI