Terdapat Pertambahan Caruman KWSP Daripada Gaji Ketua Isi Rumah?

TULAR:
601

PENJELASAN:

Timbalan Perdana Menteri memperjelaskan dakwaan bahawa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah melibatkan caruman tambahan sebanyak dua peratus daripada gaji suami.

Sumber gambar : Twitter

Menurut Datin Seri Dr Wan Azizah, caruman KWSP untuk golongan suri rumah melibatkan dua peratus daripada gaji suami tidak akan membabitkan caruman tambahan.

Sebaliknya caruman yang dicadangkan sebelum ini iaitu dua peratus yang akan dipotong daripada 11 peratus caruman KWSP suami.

“Kita tak ambil tambahan, kita hanya ambil daripada 11 peratus itu sahaja. Pemotongan itu sebagai penghargaan kepada isteri.”

SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI