Susu Tepung Taktik Terbaru Macau Scam?

TULAR:
1322
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan sindiket Macau Scam yang berjaya memperdaya orang ramai bagi mendapatkan wang dengan mudah.

Gambar hiasan. Sumber: South China Morning Post.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, terbaru, sindiket ini menghubungi mangsa memaklumkan mereka perlu membayar tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk penyeludupan kontena mengandungi susu tepung.

Mereka dikesan menyamar sebagai pegawai kastam serta menghubungi dan mengatakan semua barang terbabit didaftarkan atas nama mangsa.

Sekiranya tidak mahu ditimpa masalah, mangsa perlu membayar tunggakan GST itu dengan memasukkan wang ke dalam akaun.

SUMBER : 
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI