Diskriminasi Dalam Pengendalian Rawatan Kepada Pesakit Bukan Warganegara Di Hospital Balik Pulau?

TULAR:
716

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memperjelaskan berhubung dakwaan dalam aduan pengendalian rawatan yang diberikan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia di Hospital Balik Pulau (HBP), Pulau Pinang.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi JKNPP:

JKNPP menafikan kenyataan seperti yang ditularkan mengenai isu dalam pengendalian rawatan yang diberikan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia oleh Hospital Balik Pulau (HBP). Untuk makluman, caj bayaran pesakit yang dikenakan untuk pesakit bukan warganegara Malaysia adalah mengikut perintah Fi (Perubatan) Kos (Perkhidmatan) untuk Warga Asing 2016 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Semakan dengan HBP mendapati bahawa pesakit yang merupakam seorang bayi telah diberikan rawatan sewajarnya oleh Pegawai Perubatan yang bertugas dan nasihat serta prosedur yang terlibat telah diperjelaskan. Pesakit kemudiannya telah dibawa pulang oleh waris. Namun begitu, pesakit telah dibawa semula ke HBP oleh waris setelah didapati mengalami sawan akibat demam tinggi dan telah dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut. Pihak HBP juga telah mengadakan pertemuan bersama waris pesakit bagi memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai isu yang dibangkitkan. Waris pesakit telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan hasil penjelasan oleh pihak HBP.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKKNP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI