Waspada Sindiket Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pegawai Kastam Bagi Menjelaskan Pembayaran GST Telefon Bimbit

TULAR:
864

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, meminta pembayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang belum dijelaskan kononnya bagi telefon bimbit yang dibeli.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Supt A. Anbalagan, pengendali bagi penipuan tersebut akan menggunakan teknologi VoIP untuk meniru nombor telefon institusi tulen, termasuk polis dan Bank Negara Malaysia, untuk menipu orang ramai.

Supt A. Anbalagan menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan butiran perbankan kepada sesiapa sahaja, sama ada melalui telefon bimbit atau apa-apa cara lain. Sekiranya perlu berhubung dengan bank, pengguna dinasihatkan untuk melakukannya sendiri di cawangan terdekat. Beliau turut mengingatkan oranag ramai untuk melaporkan kepada pihak polis dengan kadar segera sekiranya menerima panggilan sedemikian.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI