Tiada Kes COVID-19 Dilaporkan Di Kampung Padang Jambu, Dungun

TULAR:
1266

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu:

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin merujuk kepada satu kenyataan yang tular melalui Facebook berkenaan kononnya terdapat seorang pesakit COVID-19 di Kampung Padang Jambu, Dungun.

Untuk makluman, tiada kes COVID-19 dikesan di Kampung Padang Jambu seperti mana yang ditularkan. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Dungun ada menerima notifikasi seorang remaja perempuan yang mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) pada 19 Julai 2020. Beliau telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemantauan lanjut. Ujian PCR bagi pengesanan COVID-19 telah dijalankan dan hasil keputusan yang diperolehi pada 21 Julai 2020 adalah negatif.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI